VIDEO: Bukan Dokumen Saya, Kata Deepak

VIDEO: Bukan Dokumen Saya, Kata Deepak

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan bangganya baru-baru ini mendedahkan satu dokumen KONONNYA adalah bukti wujudnya transaksi melibatkan seorang taukeh karpet, Deepak Jaikishan.
Rafizi berkata, dokumen itu menunjukkan Deepak menjadi orang tengah dalam pembelian barang kemas dari dua syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.
Katanya;
“Jika dilihat kepada amaun di sini Deepak membeli barang kemas berharga USD3 66 juta. Saya tidak akan berkata Deepak membeli kesemua barang kemas itu untuk dirinya. Demi kepentingan orang ramai kita perlu mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak ” katanya lagi .
Antara dokumen pembelian yang diedarkan kepada media adalah termasuk dokumen yang menunjukkan pembayaran sejumlah USD115 000 bagi berlian daripada Dehres Ltd pengedar barang kemas terkemuka di Hong Kong Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD3 9 juta bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd yang juga merupakan pengedar barang kemas dari Hong Kong.
Deepak yang selama ini memang mengharapkan sokongan PKR untuk membantu dalam kes mahkamahnya bagaimanapun kecewa kerana ternyata dia sendiri tidak tahu menahu mengenai dokumen yang Rafizi katakan itu.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
“Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan,” tegasnya.
Lihat video di bawah ini…hai, macam-macamlah kau Rafizi…sesuka hati menuduh, sesuka hati memfitnah, sesuka hati membuat tuduhan.
Senang betul kerja Rafizi ketika ini, tak perlu fikir bagaimana nak menyatupadukan rakyat Malaysia, bagaimana nak makmurkan negara dan sebagainya.
Kerjanya hanya perlu cipta kesangsian, hanya perlu cipta keraguan, hanya perlu cerita keaiban…sampai dia lupa akhirnya dia sendiri yang terkena aib itu kerana semua tuduhan itu ternyata fitnah yang memualkan!sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story