Wanita Berb0 ge1 Digesa Ditarik Balik Kerakyatan

Alia al-Mahdy

Kaherah – Padah bergambar bogel. Itu yang dialami oleh aktivis kontroversi Mesir, Alia al-Mahdy yang sanggup berbogel atas nama perubahan.
Tindakannya yang tidak bermoral itu telah menyebabkan aktivis Mesir memfailkan tuntutan di mahkamah supaya kerakyatannya ditarik balik kerana ia disifatkan sebagai memalukan negara.
Plaintif, Mahmoud Abdel Rahman, menyifatkan perbuatan Alia yang berbogel ketika mengadakan bantahan di depan kedutaan Mesir di Sweden sebagai merosakkan imej Mesir.
Dalam masa sama, menghina agama, justeru Mahmoud mendesak agar wanita itu ditangkap sebaik sahaja dia menjejak kaki ke Mesir.
Menurut Mahmoud, tindakan Alia yang berbogel bersama dua lagi aktivis wanita yang juga anggota kumpulan FEMEN amat memalukan.
Ketika mengemukakan tuntutan itu, Mahmoud turut menyertakan CD mengandungi video rakaman ketika bantahan itu dilakukan.
Dalam pada itu, Alia mendakwa dia menerima ugutan bunuh selepas berbogel dan kini takut untuk pulang ke negaranya, bimbang ditangkap.
Namun dia yang mendapat suaka di Sweden, berikrar untuk pulang ke Mesir demi untuk memperjuangkan apa yang kononnya satu kebebasan.
Baginya, berbogel merupakan satu kebebasan dan hak individu.
Alia yang pernah bergambar bogel di internet, mengaku dia tidak menyesal dan mahu berbogel lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story