WOW! - Polis Tugaskan Anggota Jaga Media

309524_540908669252778_482280332_n

BUKIT AMAN – Polis akan menugaskan anggota polis marshal untuk menemani petugas media bagi membuat liputan pada Sabtu ini.
Seramai 50 orang anggota ini akan membawa keluar petugas media daripada kawasan tertentu yang dikira tidak selamat, ujar YDH SAC Dato’ Abdul Hamid Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) semasa taklimat bersama media berkenaan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Aman, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, polis mungkin akan menetapkan penggunaan pas media bagi liputan perhimpunan sebagai prosedur standard.
185795_540908672586111_668687000_n

“Sekiranya ia berkesan dan didapati sangat praktikal, ia akan dijadikan SOP (garis panduan operasi) pada penugasan yang akan datang,” tambah beliau.
Langkah ini diambil sebagai percubaan dan mungkin akan turut ditetapkan sebagai prosedur standard kelak, katanya lagi.
Taklimat yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman pada hari ini turut dihadiri oleh YDH SAC Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, KJKA Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Ramli bin Mohammed Yoosuf, Ketua Penolong Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story