Zain Dan Rozita Che Wan Rancang Kahwin Tahun Ini


Zain Dan Rozita Che Wan Rancang Kahwin Tahun Ini - Hubungan yang terjalin di antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau lebih di kenali sebagai Che Ta sudah lama di ketahui umum, cuma status hubungan mereka berdua sahaja yang menjadi tanda tanya di kalangan peminat mereka di luar sana.
Zain Dan Rozita Che Wan Rancang Kahwin Tahun IniBaru-baru ini Zain meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram dan kini Zain mengakui bahawa beliau dan Che Ta bakal berkahwin pada tahun ini jika sudah tertulis jodoh mereka bersama dan mempunyai rezeki lebih.
“Saya sudah berbincang dengan Che Ta dan dia menyerahkan segala keputusan kepada saya.”
“Walaupun dia tidak meletakan tarikh tertentu tetapi saya perlukan sedikit masa bagi membuat persiapan awal seperti menyediakan wang perbelanjaan perkahwinan,” ujarnya.
Menurut Zain, segala gosip yang timbul mengenai Che Ta berpasangan dengan lelaki lain adalah tidak benar kerana Che Ta adalah buah hati beliau.
Oleh: MyArtis.My


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story