2 Sindiket Curi Motosikal Lumpuh

Curi Motosikal

BALIK PULAU – Polis percaya dapat melumpuhkan dua sindiket mencuri motosikal yang bergerak aktif di sekitar Daerah Barat Daya selepas menahan lapan lelaki, Jumaat dan Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata hasil risikan dan maklumat awam kesemua suspek berumur antara 17 dan 20 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru dan Balik Pulau.
Katanya, tiga daripada mereka menganggotai kumpulan yang dikenali sebagai geng Pantai dan menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan 2012.
“Satu sindiket lagi menggunakan nama geng Bukit terbabit dalam aktiviti berkenaan sejak 2010 dan anggotanya terdiri daripada mereka yang pakar mencuri dan meleraikan motosikal serta mempunyai bengkel sendiri di Sungai Rusa, di sini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Susulan penahanan suspek, polis turut menemui 14 rangka motosikal dan lebih 12 set pelbagai komponen motosikal.
Beliau berkata, komponen motosikal yang dileraikan itu dijual dengan harga serendah RM500 hingga RM1,000 kepada penduduk tempatan.
Katanya, kesemua suspek didapati positif dadah dan masih dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda, jika sabit kesalahan.
Lai turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh membeli komponen atau alat ganti motosikal dengan harga murah kerana ia dikhuatiri barangan curi.
“Jika kita dapat tangkap, pembeli barangan curi boleh ditahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dari enam bulan hingga tujuh tahun dan denda,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story