Amal Sihir Dirotan 100 Kali Di Arab Saudi

Amal Sihir Dirotan 100 Kali

Riyadh – Seorang pekerja domestik dari Sri Lanka kelmarin dijatuhkan hukuman penjara setahun dan 100 sebatan, selepas mengaku bersalah mengamalkan ilmu hitam bersama rakannya di negara ini, lapor akhbar Ada Derana.
Sumber Kedutaan Sri Lanka menyatakan sertuduh, Premanath Pereralalge Thungasiri, bekerja sebagai pemandu di sebuah rumah di Arab Saudi.
Seorang pegawai kedutaan yang bertemu Thungasiri berkata, atas dakwaan mengamalkan ilmu hitam dan melanggar peraturan tempatan dengan bertemu seorang wanita tidak dikenali, Thungasiri ditahan polis di daerah Ummul Hammam.
Laporan menyatakan pada Mei tahun lalu, dalam usahanya untuk menyelesaikan pertelagahan membabitkan seorang pembantu rumah, Thungasiri mengunjungi sebuah rumah lain di Arab Saudi untuk bertemu seorang amah lain yang didakwa sebagai saudaranya.
Polis menahan Tungasiri kerana perbuatannya menemui wanita tidak dikenali menyalahi peraturan di negara itu.
Keluarga Thungasiri, isteri dan dua anaknya, seorang perempuan dan seorang lelaki, tinggal di Padiyatalawa, 200 kilometer dari Colombo.
Thungasiri akan selesai menjalani hukuman penjara Mei tahun ini, menurut seorang pegawai penjara dan ada peluang untuknya dihantar pulang ke negara asal, walaupun sebelum tempoh hukuman berakhir, jika pengampunan diberi lebih awal kerana namanya berada dalam senarai pengampunan.
Kementerian Hal-Ehwal Luar bagaimanapun belum menyerahkan salinan keputusan rasmi ke atas Thungasiri kepada Kedutaan Sri Lanka.
Tungasiri, dalam satu kenyataan kepada kedutaan berkata, warga Arab Saudi yang menjadi penaja kedatangannya tiada kaitan dengan kes itu.
Beliau sudah menyerahkan pasport dan dokumen lain kepada pihak berkuasa penjara untuk urusan penghantaran pulang.
Sebelum ini, seorang wanita Sri Lanka turut ditangkap di Arab Saudi selepas disyaki mengamalkan ilmu hitam selepas didapati merenung seorang kanak-kanak yang memakai gelang hitam di sebuah pusat beli belah. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story