Cukai Kenderaan CBU Dari Jepun Turun 15%

Cukai Kenderaan CBU

KUALA LUMPUR – Cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun akan diturunkan kepada 15 peratus berkuatkuasa tahun ini berikutan hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia-Jepun.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya kosong bermula 2016.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Program Pengurangan Harga Kereta (CPR) bersama syarikat pengeluar kenderaan (OEM), di sini, sebentar tadi. -Berita Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story