Dijel 80 Bulan Lupus Mayat Wanita

Dijel 80 Bulan Lupus Mayat

AMPANG – Lelaki warga Bangladesh yang melupuskan mayat seorang wanita Indonesia dan anak lelakinya yang dibunuh kejam dan dikerat kepada lebih 15 bahagian, Julai lalu dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mosharof Hossain, 23, selepas tertuduh mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan di dalam bahasa Bangladesh oleh jurubahasa mahkamah.
Wan Karimah juga memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Ogos 2011. Bagi pertuduhan pertama, iaitu melupuskan mayat seorang wanita Indonesia, Siti Sando, 35, dengan niat mahu melindungi individu yang melakukan jenayah itu daripada tindakan undang-undang, tertuduh dihukum penjara 40 bulan manakala baki 40 bulan lagi untuk kesalahan melupuskan mayat anak Siti Sando, Mohd Shukri yang berusia dua tahun.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di nombor 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, dekat sini, antara jam 11.20 pagi pada 29 Julai 2011 dan jam 11 pagi pada 3 Ogos 2011. Bagi kesalahan itu Mosharof didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Mosharof dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas dirinya atas alasan dia membantu menyara keluarga yang miskin di kampung halaman dan berhasrat pulang ke Bangladesh secepat mungkin.
Pada 26 Ogos lalu, tertuduh didakwa kali pertama atas pertuduhan sama sementara dua rakan senegaranya Abd Razak Tofazzalhossain, 29, Mmd Ripon Mondal Kundabosos, 26, didakwa atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa. – myMetro Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story