Hanis Zalikha, Setahun Jagung Yang Kekwat?

Hanis Zalikha, Setahun Jagung Yang Kekwat?

Nama Hanis Zalikha bukanlah asing bagi blogger-blogger di luar sana.
Namanya kian bersinar selepas menjadi pengacara Mad Markets dan kini dia bergelar pelakon Gangster Celop pula disamping Syamsul Yusof dan Kamal Adli.
Namun apa yang tidak sedap didengar apabila dia dikatakan kekwat dan sombong walaupun baru setahun jagung di dalam industri ini.
Memetik laporan Buahmulut, hari ini, setiap jawapan yang dikeluarkan Hanis seakan-akan ‘play safe’.
“Saya pernah juga dengar cerita sebegini. Tapi bagi saya mungkin juga faktor muka saya yang sebegini menyebabkan orang anggap saya ni sombong dan saya tahu kadang-kadang muka saya ni agak ‘ketat’ sikit.
“Jadi apabila sudah berada dalam industri yang memerlukan saya berhadapan dengan orang ramai saya akan cuba kawalnya sebaik yang mungkin agar tidak disalah anggap lagi macam sebelum ini,” jelasnya.
Tambah Hanis, dia menerima setiap kritikan itu dengan hati terbuka.
Sebelum ini, Hanis pernah beberapa kali dikatakan kekwat juga, mungkin dia belum biasa sepenuhnya mahu berdepan orang ramai.
Berikan masa dan peluang, orang yang sombong ini tidak akan bertahan lama jika mereka terus menerus berkelakuan begitu. Tak gitu?
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story