Isteri Bekas Tahanan ISA Terkejut Penahanan Suami

Isteri Bekas Tahanan ISA Terkejut Penahanan Suami

KUALA LUMPUR – Chomel Mohamad, 48, isteri kepada Yazid Sufaat, yang dituduh di mahkamah Jumaat kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan, masih terkejut dengan penangkapan suaminya.
Beliau masih sukar untuk mempercayai suaminya, Yazid, 49, masih terlibat dalam aktiviti tersebut setelah pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun sejak 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.
“Saya tahu segala gerak-geri suami saya, kerana kami berdua sudah lama mengusahakan gerai makanan di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini.
Yazid dan Halimah Hussein, 52, dituduh di Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana disyaki menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria tahun lepas mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.
Ia membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Chomel, yang berpakaian serba hitam, juga menegaskan bahawa suaminya tidak mengenali Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Disember lepas.
Ibu kepada empat orang anak itu berkata, selepas suaminya ditahan semalam, polis menyerbu rumahnya di Taman Bukit Ampang dan mengambil buku-buku agama, komputer dan telefon bimbit. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story