‘Itu Hak Saya Nak Sek C’- Tegas Siti Fazurina

'Itu Hak Saya Nak Seksi'- Siti Fazurina

Masih lagi bercakap mengenai perkahwinan pelakon, Siti Fazurina dan suaminya Muhammad Hykal Zulkifli yang sehingga kini masih belum reda.
Ya kali ini, menerusi Gua.com, Fazurina atau lebih mesra disapa Nina memberitahu yang busana yang dipakainya pada majlis persandingannya pada Sabtu lalu adalah diatas pilihannya sendiri.
Dan apabila ditanya tentang turban yang dipakainya menampakkan sebahagian rambut manakala bajunya jarang di bahagian dada dan lengan, Fazurina ada jawapannya.
“Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi.
“Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang,” jelasnya.
Tambah Fazurina lagi, dia agak rimas apabila isu ini diperbesarkan.
“Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia.
“Jika saya nak seksi, itu hak saya,” jelas Fazurina mengenai isu itu.
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story