Jambatan P.P Sesak Akibat Kerosakan Besi P’yambung

Jambatan P.P Sesak Akibat Kerosakan Besi Penyambung

GEORGE TOWN – Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town hari ini mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu.
Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Amran Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya mengenalpasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas.
“Kita mengesan masalah ini pada pukul 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya,” katanya.
Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar.
Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3km dari Seberang Jaya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story