JPJ Tetap Akan Pasang Kamera AES Di P.Pinang

JPJ Tetap Akan Pasang Kamera AES Di P.Pinang

BUTTERWORTH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang tetap akan memasang Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, pihaknya mempunyai hakuntuk memasang AES di jalan-jalan persekutuan di negeri ini tanpa perlumendapat kebenaran kerajaan negeri.
Katanya, setakat ini masih belum ada rundingan atau perbincangan dibuat antara JPJ dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan sistem itu, namun pihaknyabersedia berbuat demikian sekiranya dipanggil.
“Kami akan pasang di jalan-jalan persekutuan kalau kerajaan negeri masihtidak benarkan. Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh halang sebab jalan itu di bawah persekutuan, kecuali jalan negeri. Tapi, kalau boleh kami hendak pasang di semua jalan.
“Tetapi kita pun tidak mahu bersikap biadap dan akan berhubung dengan mereka (kerajaan negeri) sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya pada sidang akhbar Op Selamat Tahun Baru Cina di Stesen Penguatkuasaan JPJ Penaga, di sini, Jumaat.
Hassan berkata, JPJ masih menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negaraberikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam peringkat perbincangan, tetapi beliau percaya pemasangan AES di Pulau Pinang akan dibuat secepat mungkin.
Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 59 lokasi di sekitar negeri ini sebagai lokasi berisiko kemalangan, terutama kemalangan maut, untuk pemasangan kamera AES.
“Daripada jumlah itu, 39 akan dipasang di jalan utama dan lebuh raya bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, sementara 18 lagi akan dipasang di kawasan lampu isyarat. Kemungkinan kami akan pasang AES separuh daripada 59 lokasi yang telah dikenal pasti itu iaitu di jalan-jalan persekutuan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata kempen Op Selamat di Pulau Pinang pada kali ini menunjukkan perubahan yang ketara apabila pemandu mula sedar tentang undang-undang jalan raya dengan tidak menjadikan jalan raya sebagai kawasan kemalangan.
“Statistik penuh akan dikeluarkan selepas tamat operasi itu iaitu 17 Februari ini, tetapi apa yang saya boleh maklumkan Op Selamat pada kali ini mencapai objektifnya apabila jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan dilakukan pemandu dan jumlah kemalangan menurun dengan ketara,” katanya.
Katanya, sepanjang operasi itu pihaknya turut menjalankan penyamaran iaitu anggota JPJ Pulau Pinang menaiki bas ekspres dan hasilnya mendapati ia memberi kesan positif.
“Sehingga Rabu, tiada saman dikeluarkan ke atas pemandu bas ekspres kerana mereka mematuhi peraturan dan ini menunjukkan kaedah yang dijalankan anggota JPJ berjaya mendisiplinkan pemandu bas ekspres,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story