Kempen Boikot Produk Israel

OUSU

London – Kesatuan pelajar Universiti Oxford (OUSU) akan mengundi Rabu ini bagi menentukan sama ada kempen boikot barang-barang Israel akan dilaksanakan susulan kekejaman zionis terhadap penduduk Palestin.
Ia diadakan selepas pembentang dan penyokong usul untuk memboikot barangan Israel itu telah menerima emel berbaur ugutan, kebencian dan rasicm, pada minggu lepas.
Akhbar The Guardian melaporkan ugutan turut dikenakan kepada penyokong usul berkenaan supaya menarik balik sokongan manakala pembentang usul terpaksa dirahsiakan identitinya bagi tujuan keselamatan.
Usul berkenaan menggesa agar semua produk eksport Israel termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan kosmetik diboikot.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bradfort West, George Galloway, ketika perbahasan bagi membincangkan usul tersebut telah mengecam kekejaman Israel ketika menyampaikan ucapannya.
Namun beliau bertindak keluar daripada majlis berkenaan selepas ucapannya itu telah diganggu oleh seorang pelajar dari kolej Brasenose dikenali sebagai Eylon Aslan-Levy.
“Adakah anda orang Israel,’’ tanya Galloway.
Selepas Aslan-Levy mengaku dia adalah bangsa Israel, Galloway terus memberitahunya “Saya tidak mengiktiraf Israel dan tidak berbahas dengan orang Israel.’’ Sebelum beliau berlalu keluar daripada majlis berkenaan.
Kempen boikot terhadap Israel bukan perkara baru di Britain.
Tahun lepas, syarikat pengeluar makanan kelima terbesar di Britain, the Co-operative Group, menjadi syarikat terbesar pertama di Eropah yang telah menggantung semua urusan perdagangannya dengan syarikat yang mengeksport barangan dari kawasan penempatan haram Yahudi.
Syarikat itu bertindak demikian kerana kawasan penempatan haram itu adalah milik rakyat Palestin, namun dirampas daripada mereka oleh Israel.
Sebagai tindak balas terhadap kempen itu, Israel telah meluluskan undang-undang untuk menyaman pihak yang berbuat demikian.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story