Kieran Hot FM: Harap Nazmi Faiz Terus-Terang

Kieran Hot FM

Rata-rata peminat sukan tanah air sudah mengetahui berita mengenai kepulangan Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia awal bulan ini.
Namun sebab-musabab mengenai kepulangan mengejutnya itu masih tidak diketahui sehingga kini kerana empunya diri tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Sebagai salah seorang peminat fanatik sukan bola sepak, penyampai radio Hot FM, Kieran menyatakan kekecewaan di atas sikap pemain muda itu yang seakan merahsiakan sebab kepulangannya itu.
Malah Kieran turut menambah bahawa peminat-peminat bola sepak tempatan berhak mengetahui konflik dan punca sebenar Nazmi bertindak sedemikian.
Memetik laporan MalaysianDigest.com, Kieran berkata, “Masa dia diberitakan terpilih menyertai kelab S.C. Beira-Mar di Portugal, saya antara orang yang paling bangga dengan dia. Saya siap tweet lagi!
“Dengan cara dia bermain, ada yang gelarkan dia sebagai Messi (Lionel Messi, pemain kebangsaan Argentina). Rasa bangga kita ada pemain yang berpotensi macam tu. Tapi bila dia balik tiba-tiba, sama seperti apa yang dirasai peminat-peminat lain, saya kecewa. Nak, nak sewaktu di sidang media, dia asyik berbisik-bisik dengan agen, apa semua tu?
“Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya memang tak puas hati. Nazmi sepatutnya perlu berterus terang dengan semua peminat Malaysia. Okay, kita faham dia masih muda dan mungkin dia berdepan dengan apa-apa masalah dan sebagainya.
“Tapi… saya nak tanya (Nazmi), “kau main bola kat padang, siapa yang bersorak beri sokongan pada kau kalau bukan peminat-peminat?! Jadi, peminat juga ada hak tahu apa masalah sebenar.
“Saya harap dia boleh berterus terang, jangan asyik berdiam saja”.
Pemain yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur itu dijadualkan bermain dalam liga tempatan dengan mewakili kelab PKNS bermula April depan.
Oleh: SITI JULIANA MOHD JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story