Mercedes Hadiah K’johanan Golf Tuanku Muhriz

Mercedes Benz Hadiah Kejohanan Golf Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Sebuah Mercedes Benz B170 bernilai RM148,000 menunggu pemain yang membuat pukulan hole-in-one dalam kejohanan Tuanku Muhriz Shield Golf Challenge 2013 di Nilai Spring Golf & Country Club Sabtu ini.
Pengerusi jawatankuasa penganjur kejohanan Datuk Rusli Harun berkata kejohanan kali ini dijangka disertai 120 pemain.
“Ini merupakan tahun keempat berturut-turut kejohanan diadakan bagi merebut hadiah utama Piala Pusingan Perisai Tuanku Muhriz. Kejohanan diadakan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir yang ke-65 pada 14 Januari lalu,” katanya pada sidang media di sini Khamis.
Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat memeriah dan menyertai kejohanan.
Rusli berkata kejohanan anjuran Persatuan Tuanku Muhriz Shield Negeri Sembilan akan berlangsung pada sebelah siang manakala majlis santapan dan penyampaian hadiah diadakan pada sebelah malam.
“Pihak kami bersyukur kerana terus diberi kepercayaan menganjurkan kejohanan sepenting ini dan telah menjadi salah satu produk dalam sukan pelancongan di Negeri Sembilan,” katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story