Mustahil Zain Nikah Julai Ini – Sasha

Mustahil Zain Nikah Julai Ini-Sasha

“Mustahil Zain akan berkahwin pada Julai ini memandangkan ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan”, kata kakak kepada Zain Saidin, 29, iaitu Sasha Saidin.
Sasha diminta mengulas mengenai isu yang mengatakan adiknya itu bakal mengahwini Rozita Che Wan, 42, selain mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Julai ini.
Menurut Sasha yang dipetik dari Kosmo!, hari ini, dia sebenarnya agak terkejut dengan perkara tersebut dan langsung tidak tahu apa-apa mengenainya.
“Apabila berita ini tersebar saya ada menghubungi Zain untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
“Dia memberitahu saya memang dia dan Rozita akan berkahwin, tetapi pada hujung tahun dan bukan pada hujung Julai ini,” jelasnya.
Tambah Sasha, sebagai kakak, dia memang tiada halangan dan Zain bebas memilih sesiapa sahaja yang ingin menjadi teman hidupnya,
“Keluarga kami pula memang mengamalkan sikap terbuka dan merestui hubungan mereka berdua selama ini.
“Memang faktor umur tidak menjadi halangan dan semua keputusan terletak di tangan Zain,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story