PAS Jangka PRU13 Parlimen Tergantung

Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) belum lagi diumumkan oleh Perdana Menteri, tetapi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mula membuat andaian sendiri berhubung keputusan pilihan raya berkenaan.
Ia apabila Ketua DPPM, Nasrudin Hassan hari ini membuat kenyataan `aneh’ dengan menjangkakan keputusan PRU13 yang tarikhnya masih menjadi teka-teki akan menyaksikan situasi parlimen tergantung (hung parliament) berlaku di negara ini.
Kenyataan secara semberono itu sebenarnya sekadar mengambarkan betapa PAS kini berhadapan dengan kebimbangan yang cukup kuat untuk menerima sebarang keputusan rakyat yang mungkin tidak memihak kepada parti itu pada PRU13.
Kenyataan itu juga menggambarkan parti PAS sebenarnya tidak berasa yakin untuk menang pada PRU13 apabila menjangkakan keputusan pilihan raya itu berkemungkinan tidak memihak kepada kerajaan mahupun pembangkang dan bakal menyaksikan situasi parlimen tergantung.
“Pemuda PAS menjangkakan pilihan raya kali ini bakal dicemari oleh pihak Barisan Nasional (BN) yang terdesak untuk mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka.
“Tidak menolak kemungkinan situasi parlimen tergantung dalam PRU13 ini iaitu kebarangkalian keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara mutlak,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Nasrudin menyifatkan konsep kerajaan sementara pada PRU13 wajib dilaksanakan bagi menjamin pilihan raya yang bakal berlangsung tersebut berjalan secara adil dan aman.
Dakwanya Malaysia wajar mengambil model kejayaan sistem kerajaan sementara di beberapa negara Komanwel seperti Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU13.
Malah, dakwanya, DPPM telah menjalankan kajian untuk menerbitkan satu nota berhubung pelaksanaan kerajaan sementara pada PRU13. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story