Polis Sedia Iringi Guru Kesan Pelajar Ponteng

Polis Sedia Iringi Guru Kesan Pelajar Ponteng

GEORGE TOWN – Polis bersedia mengiringi guru yang ingin memantau pergerakan pelajar ponteng sekolah bagi memastikan keselamatan mereka.
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Abd Rahim B. Hj. Hanafi berkata polis hanya akan berbuat demikian jika pihak sekolah meminta bantuan kerana polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pelajar yang ponteng sekolah.
Beliau berkata hanya pihak sekolah mempunyai kuasa penuh mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan termasuk melaksanakan garis panduan bagi membanteras gejala itu.
“Lebih penting, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama mendidik anak-anak mereka daripada terjebak dalam salah laku sosial, bukan melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah,” kata beliau.
Dato’ Abd Rahim berkata polis juga menubuhkan pasukan pegawai perhubungan polis di seluruh sekolah negeri ini bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat dan bebas jenayah dalam kawasan sekolah.
“Pasukan itu melibatkan anggota polis berpangkat pegawai atau sarjan. Setakat ini kita menerima kerjasama yang baik daripada Jabatan Pelajaran negeri termasuk guru-guru,” katanya. -BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story