Randy Pangalila Kahwin Dua Tahun Lagi

Randy Pangalila

Pelakon kelahiran Indonesia yang semakin mendapat perhatian di Malaysia, Randy Pangalila dikhabarkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.
Menurut laporan KapanLagi.com, pelakon Dalam Hati Dalam Taman itu mengaku dia sedang menjalinkan hubungan dengan cinta dengan bintang sinetron Michella Putri sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun menurut Randy, dia tidak mahu terlalu mendedahkan pada umum mengenai kisah cintanya bersama pelakon Nada Cinta itu.
“Dia dari dunia seni juga. Ya, belajar dari pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu terlalu mendedahkan mengenai kisah cinta saya,” jelas Randy.
Biarpun pada awalnya, Randy Pangalila agak keberatan untuk memberitahu nama wanita yang bertakhta di hatinya itu, namun akhirnya dia mengaku bahawa kekasihnya itu adalah Michella Putri.
Randy mula dikenali di Malaysia selepas drama lakonannya Dalam Hati Ada Taman bersama Elfira Loy mendapat perhatian umum.
Sebelum ini, mereka pernah dikaitkan bercinta namun semua itu hanya gosip saja.
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story