Rogol & Bunuh : Pemandu “Tuk-Tuk” Ditangkap

Pemandu "Tuk-Tuk" Ditangkap Kerana Rogol Dan Bunuh

Seorang pemandu tuk-tuk telah ditangkap atas tuduhan merogol dan membunuh seorang wanita yang dijumpai mati dalam keadaan separa bogel, minggu lalu.
Suthi Boonprom, 23, telah didakwa telah didakwa atas kesalahan merogol dan membunuh Apatsara Todej, 20, yang dijumpai di Pho Kaew Soi 3 Yaek 13, daerah  Bang Kapi pada 4 Febuari lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dipercayai telah mati selama enam jam sebelum mayatnya ditemui.
Pihak polis Thailand mendakwa Suthi sebagai suspek utama setelah memeriksa rakaman CCTV terhadap kejadian tersebut.
Selain itu, pihak polis juga menjumpai motorsikal dan juga pakaian yang mempunyai kesan darah ketika menjalankan pemeriksaan di rumah Suthi.
Suthi ditangkap pada Isnin lalu di Wat Sri Mongkol. Suspek dikatakan mengaku bahawa dia telah merogol Apatsara, ketika wanita tersebut menaiki tuk-tuk yang dipandu oleh suspek untuk ke kedai 7-Eleven.
Pihak polis berkata bahawa Suthi telah membawa Apatsara ke sebuah lorong gelap dan meminta wanita tersebut agar melakukan hubungan sulit bersamanya. Apabila Apatsara enggan bersetuju, suspek telah memukulnya hingga Apatsara pengsan dan membawanya ke lokasi dimana mayatnya ditemui.
Suthi juga memberitahu pihak polis bahawa apabila Apatsara kembali sedar dan mula melawan Suthi, Suthi menolak kepala mangsa pada batu dan kemudiannya merogol mangsa.
Pihak polis berkata, empat wanita di kawasan tersebut sebelum ini telah membuat dakwaan bahawa mereka pernah dirogol oleh Suthi. – Bangkok Post


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story