Shila Amzah Teruja Nak Tunaikan Umrah

Shila Amzah Teruja Nak Tunaikan Umrah

Selepas kemelut percintaan yang dihadapinya mulai surut, penyanyi Shila Amzah, 23, kini kembali fokus dalam kehidupannya seperti biasa.
Malahan, Shila dilihat seakan tidak sabar untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya yang dijadualkan pada Mac depan.
Bercakap kepada Murai, Shila menyatakan, “Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana”.
Shila serta keluarga bakal pergi menunaikan umrah pada bulan Mac depan dan Shila mengakui memang sangat menantikan masa untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Dia bersyukur kerana kerana telah dijemput menjadi tetamu Allah bersama ahli keluarganya.
Baguslah begitu Shila, peminat semuanya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Semoga karier nyanyian Shila selepas ini akan terus meletup bukan hanya sekadar di negara China bahkan di seluruh dunia!
Buktikan yang anda sememangnya salah seorang daripada aset negara seperti yang dinyatakan oleh ayahnya, ND Lala kepada pihak media sebelum ini.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story