Shila Tercalon Kategori Favourite Asian Act

Shila Amzah Tercalon Kategori Favourite Asian Act?

Selepas penyanyi yang sedang mencipta nama di negara Uncle Sam, Amerika Syarikat, Yuna tercalon dalam kategori Favourite Asian Act tahun lalu, kali ini giliran penyanyi berbakat besar, Shila Amzah dikatakan tercalon dalam kategori sama sempena Nickeledeon’s Kids Choice Award yang ke 26 tahun ini.
Menurut Rotikaya.com, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak penganjur mengenai perkara ini.
Hari ini, Nickelodeon’s 26th Annual Kids’ Choice Awards telah pun mengumumkan barisan calon untuk kategori utama majlis tahunan itu yang bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 nanti.
Dalam satu siaran akhbar kepada para media hari ini, pihak penganjur mengesahkan yang wujudnya kategori tempatan iaitu Favorite Asian Act & Favorite UK TV Show namun masih tiada sebarang pencalonan.
Diharapkan perkhabaran ini adalah benar agar Shila kembali memperoleh semangat untuk terus berjuang dalam kariernya setelah berhadapan dengan pelbagai konflik dan dilema peribadi sejak akhir-akhir ini.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story