Siti Nurhaliza Komen Kedatangan Psy Ke M’sia

Siti Nurhaliza Komen Kedatangan Psy Ke Malaysia

Tidak mahu dianggap komen berbaur politik, pada mulanya lagi Dato’ Siti Nurhaliza telah menegaskan bahawa kehadiran PSY ke Malaysia adalah sesi perkenalan yang amat bagus namun begitu sebagai artis, penyanyi nombor satu negara ini memandang serius perkara tersebut.
“Saya amat prihatin dengan situasi yang terjadi terhadap industri muzik tanah air sekarang, masih ramai artis yang mempunyai bakat luar biasa namun dipandang biasa oleh segelintir pihak”
Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Siti Nurhaliza memberitahu perkara ini boleh diatasi jika pihak penganjur lebih terbuka untuk menaja artis Malaysia seperti konsert ataupun di showcase kecil.
Bukan seorang yang mengeluh mengenai perkara ini malahan hampir kesemua artis Malaysia meluahkan ketidakpuasaan mereka terhadap momen yang dianggap berat sebelah telah diberikan kepada artis Malaysia.
Menurut Siti, yang mengagumi kejayaan Shila Amzah dan juga Yuna memberitahu bahawa dia percaya artis di Malaysia mampu buat lebih baik asalkan diberikan peluang.
“Saya sendiri pernah menyanyi dan rasa susah sangat untuk mendapatkan penaja, perkara ini kadang-kadang membantutkan kreativiti seseorang untuk memberikan yang terbaik untuk peminat sekaligus membuka mata penonton luar apabila melihat kehebatan persembahan konsert kita”
Walauapapun yang berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia harus mendahului artis tempatan dan berikan peluang yang sepatutnya kepada mereka. – Rotikaya


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story