Suspek Rogol, Bunuh Dipaksa Minta Maaf

Suspek Rogol, Bunuh Dipaksa Minta Maaf

Pihak polis Thailand semalam telah membawa seorang suspek kes bunuh dan rogol ke majlis pengebumian mangsa kes tersebut di sebuah kuil di Bangkok dan memaksa suspek supaya memohon maaf kepada mangsa dan juga keluarga mangsa.
Suspek juga telah dibawa ke tempat kejadian dimana kes tersebut berlaku.
Majlis pengebumian mangsa dijalankan di Wat Bungthonglang.
Suspek, Suthee Boonphrom, 23, seorang pemandu ‘teksi motorsikal’, telah merogol dan membunuh mangsa pada 4 Februari lalu di Soi Phokaeo 3, Bang Kapi, tidak jauh dari kediaman Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. Suspek berjaya ditahan pada Sabtu lalu di wilayah Phetchabun.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand berkata pada media bahawa beliau meminta supaya pihak polis dan juga jabatan tenaga bekerjasama dalam menyediakan lampu-jalan di kawasan-kawasan yang dipercayai berisiko.
Beliau juga mengarahkan supaya ketua polis di daerah tersebut supaya mengawal keselamatan di kawasan-kawasan berisiko.
Pada Isnin lalu, pihak keluarga mangsa telah membawa keranda mangsa di hadapan kawasan kediaman Perdana Menteri, meminta agar suspek memohon maaf kepada mereka. – National Media


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story