Tempoh Peroleh Pekerjaan Graduan Lebih Singkat

Tempoh Peroleh Pekerjaan Graduan Tempatan Lebih Singkat

PUTRAJAYA – Graduan di negara ini lebih bernasib baik kerana tempoh untuk mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian lebih singkat berbanding sesetengah negara lain yang mengambil masa sehingga dua tahun.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata fenomena ini berlaku kerana Malaysia mampu melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
“Kita tidaklah berdepan dengan apa yang berlaku di negara-negara lain yang kadar pengangguran tinggi sehingga ada yang mencapai sehingga dua tahun untuk diserapkan dalam pasaran kerja. Kita lebih baik daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen 207 graduan Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) di sini Jmaat. Turut hadir Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Mahmood Merican.
Mohamad Khaled berkata kajian kementerian juga mendapati lebih 70 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story