Terengganu Pantau Pelajar Jual Baucer Buku

Terengganu Pantau Pelajar Jual Baucer Buku

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan memantau kegiatan pelajar institusi pengajian tinggi menjual Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).
“Kita ada terima aduan di mana terdapat pelajar yang menjual baucer ini dengan harga antara RM140 hingga RM150 kepada pihak tidak bertanggungjawab tahun lalu, namun gagal mengesan mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara menyeluruh tahun ini termasuk mengesan mereka yang mengiklankan baucer berkenaan di laman sosial.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian BB1M kepada 393 pelajar Politeknik Kuala Terengganu di sini, Isnin.
Turut hadir Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Radiah Che Su, Timbalan Pengarah Akademik, Abdul Nasir Ali dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Suzana Mohd Ali.
Ahmad Razif mengingatkan pemilik kedai buku agar tidak bersubahat dengan pelajar membeli baucer berkenaan dengan harga lebih rendah.
“Saya harap mereka tidak memberi layanan kepada mana-mana pelajar yang mahu menjual baucer ini bagi memastikan baucer BB1M yang diberikan kerajaan dapat digunakan dengan cara yang betul,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pelajar agar tidak menggunakan baucer untuk membeli novel picisan. -BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story