Al-Fatihah Buat Perwira Negara, Inspektor Zulkifli Mamat Dan Koperal Sabaruddin Daud

Al-Fatihah Buat Perwira Negara, Inspektor Zulkifli Mamat Dan Koperal Sabaruddin Daud


Kami dari sidang redaksi Mynewshub.my ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.
Kami juga berharap anggota lain yang cedera iaitu Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.
58435_540909722609635_867555120_n
(Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud)
Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.
Al-Fatihah Buat Perwira Negara, Inspektor Zulkifli Mamat Dan Koperal Sabaruddin Daud
(Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat)
Jasa para pegawai polis ini akan dikenang dan tersemat rapi dalam lipatan sejarah kedaulatan negara, sampai bila-bila!
Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Selamat jalan pahlawan negara.
AL-FATIHAH.
ambulans_new
TERKINI: Insiden Lahad Datu Tamat, Sidang Akhbar KPN Pukul 5 Petang Ini

sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story