Lahad Datu: Misi Akan Ditamatkan Hari Ini

Lahad Datu: Misi Akan Ditamatkan Hari Ini

Misi mengusir dan menggempur pencerobohan pemberontak Kesultanan Sulu akan ditamatkan hari ini juga.
Menurut sumber, hasrat baik kerajaan hendak menamatkan insiden itu dengan tanpa pertumpahan darah ternyata dipandang enteng dan sinis oleh puak pemberontak.
Malah mereka dengan angkuh menyerang pasukan keselamatan negara walaupun pada mula TIDAK ADA SATU PELURU pun yang dilepaskan.
Akhirnya difahamkan dua anggota polis kita telah terbunuh hingga menyebabkan pasukan keselamatan negara tidak ada pilihan kecuali terpaksa menyerang balas.
SEMENTARA ITU DI MANILA, Sultan Jamalul Kiram III difahamkan akan didakwa dengan beberapa kes jenayah kerana melanggar arahan Presiden Filipina, Benigno Aquino bagi meninggalkan kawasan yang diceroboh oleh pengikut beliau di Sabah, menurut Setiausaha Jabatan Kehakiman Filipina, Leila De Lima.
De Lima berkata, tuduhan yang dikenakan terhadap Jamalul Kiram termasuk provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, perhimpunan haram, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) – dan semua tuduhan itu sedang dalam proses untuk disiapkan bagi mendakwa Kiram, adiknya, Putera Rajah Mudah Agbimuddin Kiram dan 200 pengikut mereka yang menceroboh kampung Tanduo, Lahad Datu.
“Memandangkan mereka masih tidak mengendahkan permintaan yang dibuat oleh Presiden, kini agak mustahil bagi pihak kami untuk memberitahu mereka untuk ‘pulang, kami tidak akan membuat tindakan terhadap kamu,’” tambah De Lima.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story