Bekas Perisik Hebat Dedah Pengalaman Jadi Perisik

Bekas Perisik Hebat Dedah Pengalaman Jadi Perisik

Korea Selatan – “Saya telah membunuh 115 orang atas arahan Korea Utara,’’ demikian pendedahan bekas ejen wanita, Kim Hyun-hee, ketika mengimbas kembali pengalamannya menjadi perisik.
Hyun-hee, 51, telah dihukum mati selepas didapati bersalah memasang bom pada sebuah pesawat milik Korea Selatan hingga mengorbankan 115 orang pada 1987, namun dia mendapat pengampunan daripada kerajaan Korea Selatan selepas didapati telah diperalat oleh Korea Utara.
“Ketika itu saya sedar saya telah membunuh banyak nyawa tidak berdosa dan bersedia dihukum mati.
“Dalam proses pengeboman itu, saya dan seorang rakan yang menyamar sebagai anak dan bapa.
“Kami telah mengembara ke Eropah dan Bahrain dengan menaiki pesawat itu sebelum dapat menyembunyikan bom dalam bahagian tempat letak bagasi,’’ katanya.
Bagaimanapun mereka ditangkap di lapangan terbang di Bahrain kerana memiliki passport palsu sebelum identiti mereka terbongkar.
Ketika menceritakan pengalamannya menjadi perisik, Hyun-Hee berkata, dia telah dipaksa meninggalkan keluarganya ketika kecil sebelum dilatih menjadi perisik.
“Saya dikatakan telah dipilih sebagai perisik dan selepas meninggalkan keluarga sejak kecil, saya tidak lagi mengetahui nasib mereka,’’ ujarnya.
Hyun-Hee kemudiannya telah diajar seni mempertahankan diri dan dia juga belajar bahasa Jepun sehingga fasih.
Dalam proses mendapat latihan sebagai perisik itu, Hyun –Hee diajar untuk sentiasa patuh kepada ketuanya tanpa banyak soal sehingga ke satu tahap pemimpin Korea Utara dianggap sebagai Tuhan.
Hyun-Hee kini menetap di Korea Selatan namun lokasinya tidak didedahkan.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu bagaimanapun sentiasa berada dalam kebimbangan akan dibunuh oleh perisik Korea Utara.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story