Konsert G Dragon Di Malaysia Jun Ini

Konsert G Dragon Di Malaysia Jun Ini

Mengesahkan konsert solo sulungnya di Malaysia, penyanyi kesayangan ramai juga anggota kepada kumpulan BigBang, G-Dragon atau GD jelas mengotakan janjinya untuk kembali ke sini selepas beraksi di anugerah berprestij, Golden Disk Awards ke-27 (GDA27) awal tahun ini. Penyanyi  itu bakal menghangatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Jun nanti bermula jam 8 malam.
Bagaimanapun pembelian tiket konsert berjudul G-Dragon World Tour: One of a Kind anjuran Running Into The Sun serta Woohoo! Experience itu masih belum dibuka dan hanya akan dimaklumkan kelak. Menyorot kegemilangan jejaka berusia 24 tahun ini, meskipun nama kumpulan BigBang yang dianggotainya itu sendiri sudah masyhur namun dia membuktikan dia juga boleh berdiri sendiri sebagai artis solo.
Selain Malaysia, penyanyi terbabit turut mengesahkan akan berkunjung ke Jepun, Hong Kong, Taiwan, China, Singapura, Thailand dan Indonesia untuk siri jelajah berkenaan.
Sumber: Wanista


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story