Real Madrid Kelab Terkaya Dunia

Real Madrid

LONDON – Real Madrid berjaya memintas kedudukan Manchester United sebagai kelab terkaya di dunia. Sebelum ini, United menguasai kedudukan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dijalankan syarikat analisis perniagaan, Forbes sejak 2004.
Real dilaporkan memiliki nilai mencecah £2.15 billion (RM9.95 bilion) tahun ini.
United pula di tempat kedua dengan £2.07 bilion (RM.9.58 bilion) diikuti Barcelona, Arsenal dan Bayern Munich.
“Real Madrid berjaya memperoleh nilai yang konsisten dan tertinggi berbanding kelab lain biarpun ekonomi Sepanyol dilihat kurang stabil ketika ini.
“Ia berpunca daripada kehadiran beberapa individu tersohor bersama kelab itu seperti Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho.
“Berdasarkan penilaian tahun ini, kesemua 20 pasukan terkaya berjaya meraih keuntungan secara purata £634 juta (RM2.9 bilion), naik 26 peratus berbanding tahun lalu,” kata jurucakap Forbes.
Dalam pada itu, bekas kapten England, David Beckham kekal pemain terkaya di dunia apabila memperoleh pendapatan £33 juta (RM152.8 juta) setahun. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story