SEGERA: Musa Hassan NAFI Sertai Mana-Mana Parti Politik

SEGERA: Musa Hassan NAFI Sertai Mana-Mana Parti Politik

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini nafi menyertai mana-mana parti politik walaupun menerima tawaran Pakatan Rakyat untuk menyertai majlis penasihat keselamatan parti berkenaan hari ini.
Musa berkata, beliau bersetuju untu menjadi penasihat dalam majlis tersebut kerana bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013.
Sambil menegaskan yang dirinya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, memberitahu pemberita beliau akan melakukan perkara sama jika pemerintah Barisan Nasional (BN) meminta nasihatnya mengenai urusan keselamatan.
“…sebagai penasihat saya akan bantu, saya bagi nasihat, tapi saya tak terlibat dengan mana-mana parti politik. Jangan ada orang salah faham dan salah anggap pula.
“Saya sangat beri perhatian kepada masalah yang berkaitan keselamatan, bukan nak bantah kerajaan.
“Kalau Barisan Nasional (BN) nak saya jadi penasihat atau ceramah saya datang juga, kalau PR nak saya jadi penasihat saya datang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat itu ditubuhkan bagi memastikan pilihan raya dijalankan dengan aman.
Justeru kepada pihak-pihak di luar sana yang ingin memanipulasi penyertaan Musa itu diharap janganlah rasa seronok sangat.
Sudah terang lagi bersuluh yang tujuan Musa berbuat demikian TIADA KAITAN pun dengan orientasi politiknya.
Sepatutnya kita kena bersyukur dan berbangga kerana Musa masih sudi bersama parti yang teruk mengutuk dan menghinanya suatu ketika dulu.
Ini menunjukkan yang Musa mengetepikan segala-galanya demi tanah air Malaysia yang tercinta.
Hormatilah pandangan beliau, jangan politikkannya hanya kerana nak pancing undi.
Musa bertindak profesional kerana sanggup bersama Pakatan Rakyat demi keselamatan negara, justeru adalah tanggungjawab penyokong dan kepimpinan Pakatan Rakyat juga untuk bertindak profesional dengan tidak menggunakan faktor itu sebagai alasan kononnya Musa dah menyertai mereka! – Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story