Seorang Lagi Maut Akibat H7N9 Di China

Seorang Lagi Maut Akibat H7N9 Di China

BEIJING – Seorang lagi dilaporkan telah maut akibat jangkitan virus selesema burung di China dan menjadikan jumlah kematian akibat virus H7N9 itu meningkat kepada 11, lapor media rasmi negara itu semalam.
Agensi berita Xianhua melaporkan, mangsa terbaharu berkenaan berada Shanghai di mana dalam masa sama, dua lagi kes baharu turut disahkan dikesan.
Setakat ini sebanyak 40 kes jangkitan H7N9 dilaporkan dan kesemuanya berlaku di wilayah selatan China.
Sebagai langkah meredakan kebimbangan orang ramai terhadap penularan H7N9, pihak berkuasa China mengambil langkah tegas dengan menahan berpuluh-puluh orang yang menyebarkan maklumat palsu tentang virus berkenaan. – Reuters


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story