Tutup Buku Lama, Fizz Fairuz Sedia Berkahwin



fizz
Pelakon Fizz Fairuz yang akan menjadi penyampai anugerah bagi tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) esok menjelaskan masih mempunyai hasrat untuk berkahwin.
Bagaimanapun, Fizz yang pernah mengalami isu pertunangan kkontroversi baru-baru ini, nyata lebih berhati-hati dalam soal memilih wanita untuk dijadikan isteri.
“Saya sudah tutup buku lama. Sekarang ini, saya sudah betul-betul solo. Saya juga tidak ada kaitan lagi dengan mana-mana wanita.
“Saya memang mahu berkahwin, tapi semuanya sudah tertulis bahawa masih belum ada jodoh untuk saya.
“Saya akan lebih berhati-hati dalam soal memilih wanita . Saya tidak akan ambil mudah. Saya tidak mahu buka aib orang lain,” katanya kepada murai.com.my petang semalam.
Mengulas mengenai hubungannya bersama Almy dan tuduhan yang mengatakan dia terkena buatan orang, Fizz mempunyai jawapan tersendiri.
“Saya masih kawan dengan Almy. Saya juga ada tanya khabar dia. Kami masih lagi berhubung. Namun, status saya dengan Almy hanya kawan saja.
“Saya tak tahu pun sama ada saya terkena buatan orang atau tidak. Nauzubillah. Terus-terang saya tidak tahu apa-apa.
“Sebelum ini pun, saya tidak pernah cakap saya kena buatan orang. Saya hanya jelaskan kepada media berkenaan bahawa mungkin saya terkena buatan orang,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fizz menegaskan masih menjalani kehidupan seperti biasa tanpa ada sesiapa yang menganggu dirinya dengan panggilan negatif.
“Saya masih lagi boleh keluar seperti biasa. Tidak ada pula orang yang panggil atau perli saya dengan panggilan apa-apa.
“Saya pun tidak mempunyai masalah. Terus-terang, perkara yang berlaku sebelum ini tidak menganggu karier saya,” jelasnya.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story