Afiq Dan Ibu ‘Berperang’ Dalam Melodi!

Afiq Dan Ibu 'Berperang' Dalam Melodi!

Ibu pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd mendakwa bukan dia yang menghalau anaknya sebaliknya Afiq sendiri yang telah keluar dari rumah keluarga mereka.
Saya tak pernah menghalau Afiq, saya tak ada niat untuk menjatuhkan atau memburukkan anak saya.
“Dia keluar rumah sebab saya selalu tegur kesilapan dia, dia (Afiq) cakap tak nak duduk dengan saya sebab saya mengongkong dia. Kalau saya nak kongkong anak saya, saya tak jadikan dia selebriti,” dedahnya yang dipetik menerusi program Melodi, sebentar tadi.
Antara tegurannya kepada Afiq adalah apabila anaknya itu gemar keluar sehingga lewat malam bersama kekasihnya dan atas dasar sebagai seorang ibu yang prihatin, dia sering kali menasihatkan anaknya itu.
“Bila dia keluar dengan teman wanita dia, balik 2-3 pagi, saya tegur “awak seorang lelaki, keluar dengan perempuan balik 2-3 pagi, ‘anything can happen”.
“Apa yang tak manis, saya akan tegur, kalau saya berdiam diri, itu bukan ibu namanya,” jelasnya lagi.
umi
Ketika ditanya mengenai tuduhannya bahawa kekasih anaknya, Eina Azman yang dikatakan mengikis wang anaknya, Hasliza menjelaskan,” Demi Allah, saya tak pernah menghina orang. Apa sahaja yang saya SMS atau marah adalah kepada anak saya sendiri. Saya tak pernah tegur anak orang.
“Saya tak pernah ‘mention’ nama dia kepada sesiapa pun. Nak saman saya ke apa ke, ‘no comment’,” kata Hasliza lagi.
Menerusi rancangan hiburan popular itu juga, Hasliza sempat berpesan kepada anak terunanya itu untuk kembali ke pangkuan keluarga kerana adik-beradiknya amat merindui diri Afiq.
“Afiq, baliklah Fiq, Afiq dah cukup dewasa untuk fikir mana yang baik, mana yang buruk,” katanya sambil mengalirkan air mata yang tidak dapat ditahan lagi.
Sementara itu, Afiq pula mendesak ibunya untuk meminta maaf serta menarik balik kata-kata sumpahan yang dilabelkannya terhadap Afiq sebelum ini.
image
Afiq berkata, “minta maaf balik apa Umi dah buat, tarik balik kata-kata Umi”.
 
Selain itu, Afiq turut menafikan dakwaan ibunya bahawa dia sengaja keluar dari rumah keluarga mereka sebaliknya Afiq menjelaskan dirinya telah dihalau oleh ibunya sendiri.
 
“Saya keluar dari rumah bukan sebab saya nak keluar, dia (Umi) halau, sumpah saya “kau bukan anak aku lagi,” katanya selain menambah abangnya yang mempertahankan dirinya juga turut dihalau oleh ibu mereka. 
 
Afiq turut mempersoalkan ibu jenis apa yang sanggup memburukkan anaknya sendiri sehingga membuat kenyataan kepada media bahawa dia merupakan anak derhaka.
 
“Apa jenis mak yang sanggup memburukkan saya, mak saya dari dulu tak pernah hargai saya, sampai cakap saya anak derhaka.  Apa salah Eina, apa salah saya, mak saya maki hamun saya…,” jelasnya lagi.
Eina Azman
Nama pelakon baru, Eina Azman juga terheret sama dalam permasalahan ini apabila ibu Afiq secara tidak langsung mengatakan kekasih anaknya itu sebagai mengongkong dan mengikis wang anaknya yang lesap sebanyak RM30,000 hanya dalam jangka masa sebulan.
Sementara itu, menerusi Melodi juga, seorang wanita bernama Noreen yang mendakwa dirinya ibu saudara kepada Afiq menyarankan kepada Hasliza supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.
“Tuduhan ibu Afiq ini adalah tidak benar, saya mohon kakak ipar saya bertenang dan bersabar.
“Janganlah dihina lagi anak yang baik ini. Afiq ini bukan anak yang jahat, ” katanya.
Semakin rumit jadinya kes ini apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan.
Apa kata Afiq sebagai seorang anak, pergi berjumpa ibunya, berbincang dari hati ke hati bagaimana untuk menyelesaikan segala kekusutan ini tanpa melibatkan campur tangan dari pihak ketiga.
Ingatlah Afiq, syurga itu terletak di bawah kaki seorang ibu.. Masih belum terlambat untuk Afiq bertindak dengan matang dalam menangani masalah ini.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story