Belum Sah Cerai, Nonis Sudah Dilamar Lelaki Lain

Noniswara

Walaupun belum disahkan bercerai, pelakon Noniswara mengakui sudah mendapat lamaran daripada beberapa lelaki yang berniat ingin menyuntingnya sebagai suri hidup mereka.
Namun, buat masa sekarang, pelakon bergetah itu memilih untuk berhenti daripada memikirkan soal lelaki buat seketika.
“Saya fikir mereka yang cuba merisik itu masih belum jelas dengan status saya, sebab itu mereka meluahkan hasrat. Mereka ada merisik walaupun sebenarnya saya masih lagi isteri orang,” jelasnya memetik laporan Utusan.
Mengakui dirinya kini serik dengan perkahwinan selepas mengalami kegagalan dalam dua rumahtangganya sebelum ini.
“Memang saya serik, tetapi sampai bila rasa serik itu, saya juga tidak tahu,” katanya yang mahu menjadikan bidang lakonan sebagai punca rezeki tetapnya selepas ini.
Kisah rumahtangga Nonis dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dikatakan mula retak selepas terdapat ura-ura mengatakan terdapat penglibatan pihak ketiga dan orang itu juga merupakan seorang artis dan rakan baik kepada Nonis sebelum ini.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story