Hazama Tidak Mahu Jadi Pelawak

Hazama

SUBANG JAYA – Penyanyi Hazama Ahmad Azmi, 29, mengakui tidak mahu terlalu banyak membawa watak komedi demi menjaga kepentingan dalam bidang nyanyian.
Jelas Hazama, dia tidak mahu konsentrasi terhadap nyanyian terganggu apabila menyanyikan lagu-lagu berunsur sedih atau serius.
“Saya kalau boleh tidak mahu bawa terlalu banyak watak-watak komedi, nanti orang akan ingat muka saya sebagai pelawak pula.
“Susah juga jika saya menyampaikan lagu-lagu sedih nanti tidak sampai sebab mereka mungkin menganggap saya sedang melawak,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hazama berkata, pada peringkat awal penglibatannya dalam bidang lakonan ini, dia lebih selesa bekerja dibawah arahan Ahmad Idham.
“Saya masih baru dalam bidang ini dan saya rasa abang Ahmad Idham lebih memahami dan mengetahui kelebihan dan kekurangan saya.
“Setakat ini saya akui masih takut untuk terima tawaran daripada produksi lain, tapi bukan bermakna saya anak emas kepada abang Idham,” ujarnya.
Bercerita tentang lakonannya dalam filem Lari, Hazama berkata ia merupakan pengalaman manis disamping berlakon dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.
“Filem ini banyak aksi yang kena buat sendiri, ia mencabar dan beri satu pengalaman yang berbeza.
“Saya juga bertuah dapat berlakon dengan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Dira Abu Zahar,” ujarnya.
Filem aksi kormersial arahan Ahmad Idham ini mengangkat isu pemerdagangan manusia di mana, Khalil lakonan Aaron Aziz berjuang mencari adiknya Ina (Erin Malik) yang dilarikan oleh sendiket pelacuran. Filem Lari bakal ditayangkan diseluruh negara pada 6 Jun depan termasuk Singapura dan Brunei. - mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story