Kelindan Lori Sampah Maut Dilanggar Kereta

Maut

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kampung Bukit Jong, Tepoh, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Mohd Fauzi Mohd Nor, 35, kelindan lori sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, dikatakan melintas jalan untuk membeli minuman, selepas selesai memungut sampah di kawasan berhampiran.
Mangsa yang berasal dari Kampung Tanjung Paya di sini, mati di tempat kemalangan, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat, manakala pemandu kereta yang melanggar mangsa tidak mengalami kecederaan dan sudah membuat laporan polis, katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story