Zizan Lebih Berhati-hati Bercakap Soal Wanita

Zizan

SUBANG JAYA – Pelawak Zizan Razak, mengakui akan lebih berhati-hati apabila bercakap soal jodoh dan wanita misteri dalam hidupnya.
Zizan, 29, berkata dia tidak mahu ada yang tersinggung atau tersilap tafsir dengan kata-kata atau kenyataan yang dikeluarkan.
“Saya tidak mahu cakap tentang wanita misteri itu sebab saya pun tidak mengenalinya dan hanya memandang daripada jauh sahaja.
“Bila saya beritahu lebih-lebih nanti orang cakap saya perbodohkan wartawan pula, lebih baik diam dan bila sampai jodoh, saya akan beritahu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Mammee Chef, di sini, Selasa.
Zizan berkata demikian bagi mengulas kontroversi baru-baru ini yang menganggap dia cuba mempermainkan soalan wartawan berkaitan teman wanitanya.
Sementara itu, Zizan berkata, biarpun sering dikaitkan dengan wanita berdarah kacukan, dia lebih memilih keikhlasan hati berbanding rupa paras.
“Memang tidak dinafikan lelaki sering tertarik kepada wanita cantik namun pada saya ialah hati yang ikhlas,” ujarnya.
Ditanya tentang hubungannya dengan pelakon baru Emma Maembong, Zizan berkata mereka hanya berkawan sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak tahu macam mana orang kaitkan saya dengan Emma mungkin sebab dia kacukan.
“Kami kawan sejak dua tahun lalu dan dia kini merupakan artis dibawah pengurusan saya,” katanya. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story