3 Sahabat Ke Tali Gantung Edar 4.8kg Ganja

Tali Gantung

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga sahabat selepas didapati bersalah mengedar 4.8 kilogram ganja di parkir sebuah hospital di sini pada 2007.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Abdullah Mahmood, 48, Wan Kamaruddin Wan Ahmad, 53, dan Saharun Muhamad, 42, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sebelum ini, ketiga-tiga tertuduh terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi pada 2010 membebaskan Wan Kamaruddin dan Saharun daripada pertuduhan manakala Abdullah dihukum penjara 12 tahun selepas pertuduhan terhadapnya dipinda daripada mengedar kepada memiliki dadah berkenaan.
Pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan dan Mahkamah Rayuan memerintahkan ketiga-tiga tertuduh dibicarakan semula.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di parkir Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 8.15 pagi, 7 Ogos 2007 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Abdullah diwakili peguam P Dorairaj, Wan Kamaruddin oleh Zamri Mat Nawang dan Saharun pula oleh Che Wan Abdullah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story