Bila Keluar Arahan Tutup Sekolah – Bagi Jelas Sikit La

jerebu sekolah

(TERKINI – Lewat malam ni baru ada keluar kenyataan pasal status sekolah bukak atau tidak… itu pun tunggu media telefon tanya) – Baca Semua Sekolah Di KL, Selangor Dibuka Esok
Semalam, kerajaan mengeluarkan arahan sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup.
Ok..tutup….
Sampai bila? Setakat petang ini takda siapa dapat menjawab dengan tepat sampai bila ia ditutup. Mungkin sebab tak dapat hendak agak situasi jerebu.
Laman web Kementerian Pelajaran (yang masih menggunakan nama Kementerian Pendidikan) setakat keluar kenyataan;
Sekolah ditutup berikutan jerebu (23 Jun 2013)
23 June 2013
1) Semua sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2) Beberapa daerah di Johor dan Pahang yang terjejas teruk.
Petang ni,  satu apa perubahan baru tidak dimuat naik. Halooo kawan…ini ke kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah kementerian?
23 Jun semalam…Ahad…Ahad KL dan Selangor memang sekolah cuti…ayoyo! Sebenarnya merujuk kepada hari bila? Tak boleh buat kenyataan lagi ringkas ke…contohnya cuma letak tarikh aje…tak payah letak apa-apa yang lain!
Apa maksud kenyataan kat laman web kementerian itu? Ditutup bermula bila sampai bila? Ditutup satu hari atau berhari-hari?
Zaman IT ramai yang akan rujuk laman web untuk dapatkan maklumat…leh mati ke kalau update setiap hari dalam keadaan sekarang? Letakanlah maklumat-makluamt penting pasal jerebu tu.
Dalam pada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok.
Dijangka…
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pula cakap;
Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kalau ikut cakap Muhyiddin ni…sekolah macam dibuka esok… dan terpulang kepada ibu bapa hendak hantar ke tidak.
Namun, takda pulak Muhyiddin cakap terang-terang esok sekolah dah bukak atau tidak di KL dan Selangor.
Satu Menteri cakap mungkin…satu lagi cakap macam bukak… laman web cakap tutup tapi letak tarikh Ahad.
Haloooo….cikgu-cikgu semua pening…dia orang keliru… sampai petang ni diaorang tak dapat gambaran lagi apa sedang berlaku.
Satu hal bukak ke tidak…yang kedua…bila keluar arahan penutupan tu tolong la bagi jelas sikit…
Kalau tutup hari ini…adakah bermaksud hari persekolahan perlu diganti?
cuti sekolah
(Contoh di Muar – cuti untuk murid sahaja rupanya…d KL dan Selangor main cakap sekolah tutup last minute tapi tak maklum cikgu cuti sekali atau tidak)
Adakah murid sahaja tidak perlu ke sekolah atau guru juga? Ini kerana kakitangan awam yang lain berkerja macam biasa…so apabila sekolah tutup…cikgu sendiri jadi keliru… diaorang perlu datang ke sekolah atau tidak.
Ada sekolah di Selangor yang cikgu mereka ke sekolah siang tadi dan ada yang duduk rumah…pasal arahan pada minit terakhir tidak jelas.
Dalam kes penutupan sekolah kali ini, yang jelas ialah rantaian maklumat penting telah terputus.
Apa susah…gunakanlah media untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting seperti tutup sampai bila, kena ganti ke tidak…guru kena pergi sekolah atau tidak.
Biarlah satu pihak sahaja menjadi jurucakap rasmi.
Kenyataan Muhyiddin yang seterusnya;
“Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan yang terlibat,”
Takkan lah ratusan ribu mak bapak yang berkerja di Selangor, KL dan Putrajaya nak telefon sekolah atau pejabat pendidikan daerah dalam satu hari ni untuk tahu bukak ke tidak.
Katakan sekolah dibukak di satu kawasan, macam mana pula hendak sampaikan maklumat kepada puluhan ribu pelajar dan ibu bapa di kawasan berkenaan?
Percayalah…esok kadar kehadiran (kalau la sekolah bukak) di Selangor dan KL akan menjadi sangat rendah pasal ramai ibu bapa yang keliru.
Tolonglah….satu kenyataan rasmi yang lengkap daripada satu pihak adalah memadai untuk semua membuat rujukan dan bertindak…ok…pastikanlah tepat dan lengkap sikit… bukan macam melepaskan batuk di tangga macam kenyataan di laman web Kementerian Pelajaran.
Jangan main cakap suruh rujuk sana rujuk sini….orang tak larat dan takda masa untuk buat camtu….orang di sekolah dan pejabat pendidikan daerah pun tak mampu nak layan puluhan ribu panggilan sehari.
Gunalah saluran yang lojik dan berikan satu arahan atau pemberitahuan yang jelas…keadaan tengah teruk…profesional la sikit buat kerja!
sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story