Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba




Sebagai ibu bapa kali pertama atau kedua atau ketiga mesti teruja untuk mengetahui jantina anak yang sedang dikandung si ibu hamil kan? Jangan cakap orang lain, Azu pun turut sama teruja. Hehe~

Carta Kelahiran Cinapurba ini hanya memerlukan umur si ibu hamil dengan bulan dimana bayi anda disenyawakan atau bulan si ibu mengalami haid yang terakhir untuk meramal jantina bayi. Jika kotak itu dipenuhi warna biru, mungkin jantina bayi anda lelaki dan sekiranya kotak itu dipenuhi warna pink mungkin jantina bayi itu bayi perempuan dan anda sebagai ibu bapa boleh membuat persediaan menjelang kelahiran si bayi. Namun, jang terlalu serius ye kawan-kawan pembaca!~Nama pun ramalankan..


Sejarah Carta Kelahiran Ramalan Jantina Bayi

Biar Azu ceritakan asal usul Carta ramalan ini dari pembacaan ringkas Azu. Carta Kelahiran Cina Purba ini telah dikebumikan di kubur berhampiran Beijing selama 700 tahun dan kini berada di Institusi Sains di Beijing. Ramai wanita dalam sejarah kelahiran di China mendapati ramalan Carta Kelahiran Cina Purba ini telah menjadi kenyataan. Jom, jelling-jeling jantina bayi anda..Mana lah tau kan.. Apa pun Azu tegaskan disini bayi itu nanti samada lelaki atau perempuan semuanya adalah rezeki dari Allah.

Bagi Azu sebagai ibu, setiap bayi adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Jangan percayakan ramalan sehingga kita meragui kuasa Allah Yang Maha Besar. Apa yang penting, bayi Azu sihat setelah dilahirkan nanti. Insyaallah. Amin

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua kawan-kawan pembaca~Mulakan hari dengan senyuman yang ikhlas;)



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story