Dua Remaja Dicekup Curi Kereta

Mencuri

KULIM – Dua remaja lelaki berusia 20-an ditahan di Taman Ilmiah dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta.
Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila ahli PPKM yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar Taman Nenas ternampak kereta jenis Perodua Kancil yang masih dilaporkan hilang berlegar di kawasan itu.
Eng Khim kemudiannya memaklumkan kepada semua ahli PPKM yang berada di tempat kejadian untuk menahan kenderaan terlibat.
Suspek yang sedar pergerakan mereka diekori mengambil tindakan nekad dan cuba melarikan diri walaupun terpaksa merempuh dua kenderaan lain milik ahli PPKM sebelum memberhentikan kenderaan.
Ahli PPKM kemudiannya mengepung kereta suspek sebelum menghubungi polis untuk bantuan. Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.
Dari pemeriksaan tubuh dijalankan, polis menemui satu paket lutsinar dipercayai dadah dan allen key bagi membolehkan suspek menghidupkan enjin dan membuka pintu kereta dalam poket seluar salah seorang suspek.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari semakan dibuat mendapati kedua-dua suspek memiliki rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air kencing dan mereka didapati positif dadah.
“Polis turut menemui senjata tajam seperti parang di bahagian kerusi belakang dan di bawah kerusi pemandu.
“Sebelum ini suspek pernah dibuang daerah dan dipenjarakan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah,” katanya.
Sementara itu salah seorang suspek yang ditahan merayu supaya polis tidak membuat banyak pertuduhan terhadapnya kerana akan menjalankan majlis perkahwinan keduanya.
Menurutnya, segala persiapan telah disiapkan dan majlis pernikahannya dijangka berlangsung dalam 20 hari lagi. – Sinar Harian Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story