Indonesia Bersiap Sedia Tingkatkan Harga Minyak Sebanyak 44 Peratus

indon harga minyak

Kerajaan Indonesia dijangka akan menaikkan harga minyak sebanyak 44 peratus daripada kadar semasa di negara itu.
Beban subsidi bahan bakar yang dijangka mencecah 23 bilion dollar menjadi antara penyebab kerajaan dijangka mengambil tindakan menaikkan harga bahan bakar itu.
Langkah berkenaan dijangka diumumkan lewat hari ini apabila Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bersidang bagi membincangkan rancangan meningkatkan bantuan kepada golongan miskin di bawah peruntukan belanjawan tahun ini.
Sekiranya bantuan kewangan secara langsung kepada golongan miskin diluluskan oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) maka kenaikkan berkenaan akan direalisasikan.
Tindakan itu bagaimanapun disambut dengan rasa kurang senang rakyat negara berkenan apabila ribuan berdemo di Jakarta serta bandar-bandar lain di negara tersebut.
Isu bagi kenaikan harga minyak merupakan salah satu daripada isu panas di negara tersebut sejak ia mula dinaikkan pada tahun 2008.
Menurut jurucakap polis Wilayah Jambi, Almansyah, beratus-ratus peserta demonstrasi cuba untuk melepasi pagar Dewan Undangan bagi kawasan tersebut.
“Situasi menjadi agak kucar-kacir hinggakan pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan peserta demonstrasi,” kata Almansyah.
Di Jakarta, sejumlah 3,000 peserta demonstrasi berkumpul di luar kawasan Parlimen Indonesia sambil membakar tayar serta membawa sepanduk “Bantah kenaikan harga minyak” dan “Gantung SBY” (Presiden Susilo Bambang  Yudhoyono).
Kira-kira 19,000 anggota polis dan askar telah ditempatkan di seluruh Jakarta, menurut kenyataan pihak berkuasa.
Di Makassar, seramai 500 pelajar universiti serta pensyarah turut serta dalam demostrasi ini dengan membakar tayar sambil menyahut perkataan “revolusi”.
Walaupun hanya sebilangan kecil rakyat Indonesia mempunyai kereta sendiri, rancangan untuk menaikkan harga minyak sebanyak 44 peratus yakni sebanyak IDR 6,500 (RM 2.00) dijangka akan meningkatkan harga barangan kerana kos pengangkutan akan turut meningkat.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story