Jerebu: Sukan, Termasuk Larian Olimpik Batal

Jerebu: Acara Sukan Termasuk Larian Olimpik Batal

PETALING JAYA – Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.
Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini.
Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.
Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.
“Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat),” kata Hamidin. – mStar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story