John Mayer Cipta Lagu Hentam Taylor Swift

John Mayer

Penyanyi lelaki popular, John Mayer didakwa mencipta lagu baharu, Paper Doll khas untuk bekas kekasihnya, Taylor Swift.
Menurut portal berita Amerika Syarikat, The Star, Mayer, 35, mencipta lagu tersebut sebagai membalas kritikan Swift menerusi lirik lagunya sebelum ini, Dear John.
Dalam lagu tersebut, Swift menyatakan cintanya dipermainkan oleh seorang lelaki yang lebih berusia (Mayer). Pada 2010, Mayer memberitahu majalah Rolling Stone bahawa dia yang sebenarnya dipermainkan oleh Taylor.
“Saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah menganiaya dirinya (Taylor). Saya tidak patut dilayan sebegitu. Dia tidak patut mengutuk saya menggunakan lirik lagunya,” kata Mayer.
Menerusi lagu Paper Doll, Mayer mengkritik bekas teman wanitanya itu sebagai gadis yang mempunyai personaliti berbeza dan tidak matang.
Penyanyi itu kerap bertukar pasangan. Beberapa lagunya sebelum ini berkisar mengenai bekas teman-teman lelakinya. – Agensi

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story