Kim Kardashian Selamat Bersalin Anak Perempuan

Kim Kardashian Selamat Bersalin Anak Perempuan

Los Angeles – Selebriti Kim Kardashian selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan  Cedars-Sinai di Beverly Hills, iaitu sebulan lebih awal daripada jangkaan.
Bintang realiti berusia 32 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu selamat bersalin pada pukul 1.30 pagi Sabtu.
Teman lelakinya, penyanyi rap Kanye West dan ibunya, Kris Jenner dilaporkan berada bersama Kim ketika dia melahirkan anak.
Kim melahirkan anak secara normal dan kedua-dua beranak itu berada dalam  keadaan baik namun disebabkan  bayi tersebut dilahirkan sebulan lebih awal, maka bayi itu terpaksa dimasukkan ke dalam incubator.
Kim sebelum ini dijangka bersalin pada 11 Julai, iaitu tarikh jangkaan bersalin yang sama dengan Kate Middleton.
West pula dilaporkan tidak menghadiri parti untuk album terbarunya di Los Angeles, bagi membolehkan dia berada bersama Kim di hospital.
Beberapa kawan baik Kim termasuk Scott Disick dan Jonathan Cheban  turut dijemput ke parti berkenaan.
West sebelum ini menegaskan bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan privasi anaknya itu dilindungi.
“Saya akan melakukan apa sahaja untuk melindungi anak saya atau ibu kepada anak saya.
“Saya tidak mahu becakap mengenai anak saya kepada Amerika . Ini anak saya dan bukannya anak Amerika,’’ katanya dalam satu temuramah sebelum ini.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story