KPNDKK Pantau Harga/Jualan Topeng Muka

Topeng

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada golongan peniaga supaya tidak menjual topeng muka kepada orang ramai melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, amaran itu dibuat kerana pihaknya mendapati permintaan terhadap topeng muka di pasaran meningkat dengan mendadak sejak jerebu melanda negara beberapa hari lalu.
Justeru beliau mengingatkan golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada situasi jerebu itu dengan menaikkan harga semasa alat berkenaan kerana topeng muka merupakan barang kawalan.
“Peniaga diwajibkan menjual topeng muka tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan. Peniaga juga diminta untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah.
“Peniaga juga dikehendaki meletakkan tanda harga ke atas bagi topeng muka yang dijual di premis mengikut keperluan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1980.
“KPDNKK akan menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan peniaga-peniaga mematuhi segala peraturan yang ditetapkan ini terutama harga maksimum topeng muka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasan juga menegaskan tindakan akan diambil ke atas peniaga yang cuba menaikkan harga topeng muka dengan dan mereka yang dikesan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Akta itu memperuntukkan hukuman denda kepada individu sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tidak tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Tegas beliau lagi, tindakan pemantauan bekalan topeng muka akan turut dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan peniaga tidak menyorok barangan tersebut daripada sampai ke pasaran dengan tujuan memanipulasi harga.
Katanya, KPDNKK juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan bekalan topeng muka mencukupi dalam pasaran untuk menampung pertambahan permintaan orang ramai.
Mengulas lanjut perkara itu, jelas beliau, topeng muka adalah barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Jelasnya, pengisytiharan topeng sebagai barangan harga terkawal dan barang kawalan telah dibuat oleh kerajaan dan berkuatkuasa sejak 26 Ogos 2009 bagi menangani aktiviti mencatut.
“Sebanyak lima jenis topeng muka terlibat bagi penguatkuasaan kawalan harga. Harga maksimum borong dan runcit bagi topeng muka di seluruh negara turut ditentukan,” katanya.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mendapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang itu sipaya menghubugi talian 1-800-886-800 atau menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan>”.
Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat dengan menghantar emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my atau hadir ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdekata. – mynewshub.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story