Peguam Didakwa Menipu Lelaki Babitkan RM2.3j

Peguam Didakwa Menipu

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan kes seorang peguam yang dituduh menipu seorang lelaki membabitkan RM2.3 juta dua tahun lalu.
Leng Kok Ooi, 60, bersama seorang lagi yang telah dituduh Gabriel Youshua
a/l Moses, 55, didakwa menipu Chang Chin Fooi, 42, untuk mempercayai geran tanah GM5909, Lot 950, 4th Miles Batu Road Mukim Batu di sini adalah sah.
Berikutan itu dia mendorong mangsa membuat pembayaran RM2,395,640 sebagai cagaran untuk pembelian tanah itu.
Leng yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di 815 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, Blok E, Phileo Damansara 1, Seksyen 16, di sini pada 4 Nov hingga 28 Dis 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin dan memohon agar pasport tertuduh diserahkan pada mahkamah. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story